![]() Namun, sumbangan dan peranan mereka jarang diketengahkan secara tegas dalam wacana ilmiah pengajian Alam Melayu, apatah lagi penobatan dengan sewajarnya. Tetapi, senario itu telah mencetuskan semangat mahasiswa Nantah untuk mempelajari bahasa dan sastera Melayu dengan gigih dan konsisten sehingga berjaya melahirkan beberapa orang sarjana, peneliti dan pengamal bahasa Melayu yang disegani masa kini. ![]() Penubuhan Universiti Nanyang (Nantah) dilihat lebih bersifat destruktif daripada konstruktif oleh pemerintah kolonial dan pihak lain yang tertentu, berikutan penubuhannya pada ketika politik di Singapura dan Tanah Melayu bergelora dengan isu pembinaan identiti kebangsaan.
0 Comments
Leave a Reply. |